Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Panel Hadapan Realme 3, Turut Paparkan Markah Penanda Aras Antutu

Imej Panel Hadapan Realme 3, Turut Paparkan Markah Penanda Aras Antutu

Diterbitkan Februari 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Tempoh hari, Realme telah mengesahkan model akan datang iaitu Realme 3 bakal dilengkapi dengan cip MediaTek Helio P70.

Walaupun rata-rata dari kita agak skeptikal mendengar nama cip ini, namun ia dikatakan lebih baik berbanding cip Snapdragon 660. Laporan terdahulu juga ada menyebut, peranti ini akan ditawarkan dengan dua versi cip iaitu, Helio P70 yang mungkin khusus untuk pasaran India sementara Helio P60 untuk pasaran lain.

Beberapa hari lalu, satu foto yang didakwa sebagai Realme 3 telah dikongsikan di internet dimana ia turut memperlihatkan markah penanda aras antutu bagi peranti tersebut.

Exclusive: Here’s your first look at the front of Realme’s upcoming smartphone, the Realme 3 showing us the amazing benchmark score of the Helio P70 Chipset. The Phone seems to have a Dewdrop Notch and Android Pie (ColorOS 6.0 I guess!). Thoughts? #Realme3 #Realme #PowerYourStyle pic.twitter.com/xffgYkJFpZ

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) February 25, 2019

Skrin paparannya tampil dengan rekaan takuk “titisan air” mirip seperti keluaran sebelumnya. Peranti pada imej dipercayai menggunakan Helio P70 serta menjalankan sistem operasi Android 9 Pie dan antaramukanya berkemungkinan ColorOS 6.0.

Acara perasmian Realme 3 telah dijadualkan berlangsung pada 4 Mac depan dan sama-sama kita nantikan apa yang bakal dipertaruhkan oleh Realme kali ini.

Sumber: @ishanagarwal24

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY