Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan

Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan

Diterbitkan April 29, 2019 oleh Helmi Samsuri

Berita mengenai Motorola Razr akan membuat kemunculan semula sudah mula timbul setahun yang lalu.

Ia dikuatkan lagi dengan perkongsian mengenainya yang dinyatakan oleh Naib Presiden Motorola ketika sesi temuramah bersama laman The Wall Street Journal.

Bakal mengetengahkan rekaan flip tetapi versi akan datang itu pastinya menuruti tren popular ketika ini iaitu skrin boleh lipat.

Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan
Imej dibawah dibuat berdasarkan ilustrasi ini, diberikan oleh Motorola kepada World Intellectual Property Organization

Bocoran imej terbaru yang berlegar diinternet, menggambarkan rupa paras peranti tersebut dengan rekaan yang diadaptasi dari model terdahulu, Razr V3 yang dipasarkan sekitar 2004.

Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan
Motorola Razr V3

Berbeza dengan telefon pintar lipat yang sedia dilancarkan sebelum ini, ia akan dilipat secara kebawah dan mempunyai “dagu” besar yang berkemungkinan juga ditempatkan dengan komponen dalaman lain seperti pembesar suara dan sebagainya.

Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan

 

Selain itu, digambarkan juga kotak bungkusan beserta aksesori yang akan mengiringi peranti boleh lipat Motorola tersebut.

 

Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan
Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan

Berdasarkan spekulasi, peranti ini mungkin hadir dengan cip Snapdragon 710 beserta memori RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/128GB. Ukuran paparan pula dikhabarkan bersaiz 6.20 inci OLED dengan resolusi 876 x 2142. Sementara itu, terdapat skrin dibahagian luar dengan resolusi 600 x 800.

Sumber: SlashGear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY