Energizer juga tidak ketinggalan mempamerkan peranti boleh lipat mereka di acara MWC 2019 dan sebelum itu, OPPO menerusi perkongsian foto Naib Presiden, memperlihatkan rekaan peranti boleh lipat mereka hampir menyerupai Huawei Mate x. Namun, peranti itu hanya dikeluarkan bergantung kepada permintaan ramai.
Terbaru, dua lagi syarikat dilapor akan mengikut tren ini adalah Motorola dan HONOR.
Berdasarkan temuramah The Wall Street Journal bersama Naib Presiden Motorola, beliau mengesahkan perkara itu dan pelancaran bakal dibuat pada tahun ini.
Rekaannya juga dikatakan akan menyerupai model terdahulu, RAZR Flip. Harga jualan peranti anak syarikat Lenovo ini mungkin dalam lingkungan $1500 (~RM 6102).
Satu lagi jenama yang digembar-gemburkan adalah HONOR. Memandangkan Huawei sudahpun memperkenalkan peranti boleh lipat, mungkin tidak salah beranggapan HONOR juga akan melakukan perkara yang sama.
Pada temubual CNET dan CEO HONOR, George Zhao, beliau ada mengungkapkan peranti boleh lipat mereka mungkin diperkenalkan tahun hadapan.
Sumber: GizmoChina (1,2)
Berkaitan
- Honor View20 Dilancar Secara Rasmi, Kamera Utama 48MP Dengan Sokongan 3D TOF
- HONOR 20 Pro Mula Dijual 15 Ogos Ini Pada Harga RM 2299
- 100 Pembeli Terawal Telefon Pintar Honor 8 Bakal Terima Cenderahati Bernilai Sehingga RM500
- HONOR 8C Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan
- HONOR 20 Pro Bakal Dibawa Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi
- Honor 8X - Apa Yang Best?
- Honor Play Player Edition Mula Dijual 7 September Ini
- Spesifikasi Honor Play 8 Mula Terlihat Di TENAA
- Motorola Lancarkan Moto P30, "Kembar" iPhone X
- Honor Play Mula Terima Kemaskini Android Pie Beta