Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-12-13 at 12.10.18 PM

Imej Huawei P30 Pro Tertiris, Memperlihatkan Rekaan Flash Lebih Panjang

Diterbitkan Disember 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sistem tiga kamera pada telefon pintar mula diperkenalkan oleh Huawei pada model P20 yang kemudiannya diikuti beberapa model lain.

Kini memasuki usia sembilan bulan, siri P dibayangkan dengan kehadiran model baru menerusi bocoran imej yang didakwa Huawei P30.

Galaxy S10、Galaxy S10+、Huawei P30、Huawei P30 Pro pic.twitter.com/AKiZxjfCh9

— Ice universe (@UniverseIce) December 12, 2018

Khabar angin pertama dikutip dari @UniverseIce dimana akaun Twitter terbabit memaparkan 4 rekaan sarung pelindung bagi 4 buah model; Samsung Galaxy S10, Samsung Galaxy S10+, Huawei P30 dan Huawei P30 Pro.

Menghangatkan lagi perkara ini adalah bocoran imej render dari Slashleak. Penggunaan sistem tiga kamera bakal ditemani dengan fungsi flash mempunyai rekaan lebih panjang daripada apa yang biasa kita lihat.

Flash yang lebih panjang itu mungkin berfungsi untuk meningkatkan lagi prestasi serta keupayaan rakaman pada situasi kurang cahaya.Imej Huawei P30 Pro Tertiris, Memperlihatkan Rekaan Flash Lebih Panjang

Hanya setakat ini sahaja perkhabaran awal untuk model flagship dari Huawei dimana pelancarannya diramal berlaku sekitar Februari atau Mac tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY