Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Z Fold4

Imej Galaxy Z Fold5 Tertiris, Perlihat Rekaan Engsel Baharu

Diterbitkan Jun 16, 2023 ยท Dikemas kini Jun 22, 2023 oleh Amalina Athman

Samsung akan melancarkan Galaxy Z Fold5 pada acara Galaxy Unpacked yang bakal berlangsung di Korea Selatan dalam beberapa minggu lagi. Menjelang acara pelancarannya, imej Galaxy Z Fold5 dilaporkan telah tertiris.

Berkaitan

  • Galaxy Z Fold5 Mungkin Hadir Dengan Lipatan Yang Lebih Nipis, 'Crease' Semakin Kurang
  • Galaxy Unpacked Akan Berlangsung Di Gangnam, Korea Selatan Pada Julai Ini

Menerusi imej yang dikongsi MySmartPrice, ia memperlihat Galaxy Z Fold berwarna biru dengan rekaan engsel baharu yang menjadikan peranti lebih nipis serta mengurangkan jarak antara panel. Bezelnya juga dijangka lebih nipis berbanding Galaxy Z Fold 4.

galaxy z fold4 (5) unpacked
Samsung Galaxy Z Fold4

Galaxy Z Fold5 juga hadir dengan sokongan S Pen, yang mungkin dijual secara berasingan seperti pendahulunya. Tidak banyak yang berubah, peletakan pembesar suara, mikrofon dan lain-lain masih di tempat yang sama seperti Galaxy Z Fold4. Tetapan kamera juga didatangkan dengan tiga lensa.

Secara keseluruhan, rekaan Galaxy Z Fold5 kelihatan hampir sama seperti model sebelumnya.

Sementara itu, maklumat tertiris sebelum ini mendedahkan Galaxy Z Fold5 akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2, skrin bersaiz 7.6-inci, resolusi QHD+ serta bateri 4,400mAh dengan sokongan pengecasan 45W.

Sehingga itu, nantikan acara Galaxy Unpacked yang dijangka berlangsung pada minggu akhir Julai.

Sumber: MySmartPrice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY