Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SUKMA XXI

Ikuti SUKMA Sarawak 2024 Lebih Mudah Dengan Aplikasi SUKMA XXI

Diterbitkan Ogos 15, 2024 · Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh ariff bukhari

Peminat sukan pastinya tidak sabar menantikan berlangsungnya acara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadualkan akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos 2024 ini di Sarawak.

Selaku tuan rumah bagi temasya sukan itu nanti, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif dengan membangunkan aplikasi SUKMA XXI yang memudahkan rakyat Malaysia mengikuti kemas kini keputusan terkini perlawanan serta akses kepada maklumat dan berita mengenai Sukan Malaysia itu.

SUKMA XXI 1
SUKMA XXI 2

Aplikasi itu juga membolehkan pengguna mencari tempat sukan, memudahkan pengunjung dari luar kawasan untuk menavigasi menggunakan peta dan mencari jalan ke lokasi acara tanpa tersesat.

“Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai ciri, seperti jadual pertandingan dan keputusan, kedudukan pingat terkini dan kemas kini berita. Pengguna juga boleh menonton video atau strim langsung melalui pautan TV Sarawak (TVS).” Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Aplikasi SUKMA XXI ini sudah pun boleh dimuat turun dari App Store, Google Play dan Huawei AppGallery secara percuma.

Sumber: SUKMA Sarawak 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Siaran Langsung Pembukaan SUKMA 2024 Akan Guna Teknologi 5G Advanced
  • realme Perkenal Teknologi 320W SuperSonic - Pengecasan Penuh Dalam 4 Minit, 30 Saat
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY