Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Iklan Palsu Ray Ban Di Instagram Semakin Berleluasa Di Negara Jiran

Posted on November 26, 2019November 26, 2019

Beberapa bulan lalu portal akhbar The Sun ada melaporkan tentang isu iklan palsu kaca mata RayBan di Instagram. Ia menggunakan akaun yang telah digodam, memuat naik iklan mempromosikan RayBan dan seterusnya disertakan dengan pautan kepada halaman web bertujuan untuk mencuri data pengguna.

Imej | The Sun

Tawaran promosi yang dipaparkan sangat menarik dan tidak masuk akal, menjadikannya tidak mustahil untuk memperdaya ramai pengguna.

Imej | The Sun

Perkhabaran terbaru, pengguna Instagram di negara jiran iaitu Indonesia turut mengalami masalah serupa. Difahamkan, beberapa akaun pengguna telah digodam dan seterusnya memuat naik perkongsian iklan tersebut tanpa pengetahuan mereka.

Selain daripada itu, ia tidak hanya membabitkan akaun yang aktif kerana ia turut dikesan berlaku pada akaun yang tidak aktif.

“Temenku juga, sudah wafat empat tahun lalu. Tiba-tiba akunnya dipakai untuk iklan kacamata,” ujar seorang pengguna seperti yang dilaporkan laman Kompas.com.

Menurut pakar sekuriti daripada ESET, Nick FitzGerald, taktik ini sudah sekian lama digunakan, malah platform-platform media sosial lain telah sedia dimanipulasi untuk menyebarkan iklan palsu yang berniat jahat dengan melibatkan beberapa jenama-jenama besar.

Walaupun masalah ini hanya melibatkan negara jiran, ia tidak mustahil untuk berlaku disini dan untuk itu, pemilik Instagram seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menekan sebarang pautan yang meragukan, sentiasa mengemaskini kata laluan serta menggunakan ciri dwi-faktor pengesahan.

Sumber: Kompas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress