Iklan OnePlus 7 Pro Mengesahkan Model Itu Tampil Rekaan Tanpa Takuk Dan Bezel

Menjelang tarikh pelancaran yang dijadualkan pada 14 Mei depan, model OnePlus 7 Pro semakin hangat diperkatakan dan yang terbaru menerusi iklan akhbar di Amerika Syarikat.



Berdasarkan iklan pada helaian akhbar The New York Times yang diciapkan pada Twitter, OnePlus 7 Pro ia sah bakal hadir dengan rekaan tanpa takuk, tanpa bezel.



Selain menjanjikan "No app lag, No bloatware" kelihatan juga "No $2000 price tag" tetapi kedengaran harga OnePlus 7 Pro mungkin yang termahal  berbanding penawaran terdahulu.

"No random music" pula dikatakan mungkin merujuk kepada Apple yang memuatkan album kumpulan U2 pada akaun iTunes pengguna iPhone 6 pada pelancaran model itu dahulu.

Baru-baru ini, OnePlus 7 telah mendapat penarafan A+ dari DisplayMate menerusi skrin paparan OLED yang digunakan padanya.