Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Watch GT2

Huawei Watch GT 2 Sudah Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799

Diterbitkan Oktober 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Membuat kemunculan pertama disamping pengenalan siri Huawei Mate 30 pada pelancaran di Jerman sekitar September yang lalu, Huawei Watch GT2 kemudiannya diumumkan secara rasmi pada pasaran tempatan awal bulan ini.

Setelah dua minggu berlalu, jam tangan pintar terbaru dari Huawei itu sudah sedia dibeli pengguna dengan harga RM799.

Dikuasakan dengan cip Kirin A1 bersama RAM 32MB serta storan 4GB, Watch GT2 hadir dengan saiz 46mm yang ia menghamparkan paparan berukuran 1.39 inci. Ia turut menyokong ciri Always-on-Display.

Huawei Watch GT2 dijanjikan dengan keupayaan bateri 455mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari bagi penggunaan biasa atau 30 jam jika fungsi GPS diaktifkan.  Selain menjamin penggunaan kuasa rendah, peranti ini turut menyediakan sambungan Bluetooth 5.1 lebih stabil dengan jarak sehingga 150m dari telefon pintar.

Bagi yang berminat boleh dapatkanya dari pusat jualan Huawei seluruh negara serta pengedar sah jenama tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY