Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
covid 19

Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Dari Jarak 700km Guna Rangkaian 5G

Diterbitkan Februari 19, 2020 · Dikemas kini Februari 19, 2020 oleh Helmi Samsuri

Angka korban disebabkan wabak Covid 19 sudah melepasi 2000 orang setakat hari ini. Dalam mengekang penularan wabak berkenaan, pelbagai teknologi digunakan seperti dron untuk memberi amaran supaya tidak keluar rumah kepada penduduk.

Selain itu, baru-baru ini ujian ultra bunyi turut dilakukan oleh doktor di Zhejiang keatas pesakit yang berada 700km di Wuhan. Ia dijalankan dengan sokongan rangkaian 5G yang mana ia dapat memastikan sambungan pantas, stabil serta rendah latensi.

A doctor in Zhejiang province conducted a #5G-assisted ultrasound on a #COVID19 patient some 700 km away in Wuhan on Tue, marking the first application of 5G tech in the treatment of the coronavirus. pic.twitter.com/EbqNtdiSKq

— People’s Daily, China (@PDChina) February 19, 2020

Menurut People’s Daily China, ujian tersebut menandakan penggunaan pertama teknologi 5G dalam rawatan wabak Covid-19. Melaluinya, doktor dari wilayah lain di China dapat membantu rawatan disamping dapat mengurangkan risiko jangkitan daripada merebak.

Terdahulu, China sedia menjalankan pembedahan jarak jauh dengan sokongan 5G dan merupakan pertama didunia melibatkan haiwan ujikaji. Ia disusuli dengan pembedahan otak jarak jauh juga menggunakan sambungan 5G yang memperlihatkan tiada masalah lengah pada video atau kelewatan kawalan alat bedah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY