Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Mate 30 Pro Mungkin Tidak Akan Dilindungi Gorilla Glass

Posted on Ogos 6, 2019

Corning Gorilla Glass cukup popular dalam melindungi peranti pintar masa kini, lebih-lebih lagi bagi barisan model berkelas tinggi. Namun perkhabaran terbaru menyatakan, model flaghsip dari Huawei nanti mungkin tidak akan menggunakannya dimana syarikat itu dilaporkan mahu menampilkan perlindungan baru.

Dipanggil sebagai AIR Glass, ia digambar sebagai “pelindung kaca  untuk telefon pintar dan tablet yang dibangunkan sendiri oleh Huawei. Perkara ini pertama kali dikesan oleh laman LetsGoDigital yang mana Huawei ada membuat pemfailan tanda dagang teknologi tersebut kepada EUIPO (European Union Intellectual Property Office) dan UK IPO. Dalam pemfailan tersebut, AIR Glass akan digunakan sebagai “filem pelindung yang disesuaikan untuk telefon pintar”.

Selain itu, Huawei juga dikatakan memohon tanda dagang “SuperSensing Camera” yang pertama kali dilihat pada Huawei P30 Pro dahulu. Pengeluar ini turut memfailkan tanda dagang, P300, P400 dan P500 dan ia diramal sebagai nama baru bagi siri P akan datang.

Sumber: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress