Pada jualan promosi Shopee 11.11 yang berlangsung semalam, Realme 2 Pro dilaporkan berjaya terjual sebanyak 2500 unit dalam masa 3 jam sahaja. Dilabel sebagai "Best-selling item", ia dibangunkan dengan rekaan yang memfokuskan kepada generasi muda disamping spesifikasi baik pada harga yang cukup berpatutan.
“Kami amat teruja melihatkan Realme 2 Pro mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan di acara jualan dalam talian pertamanya di Malaysia, dengan sebanyak 2,500 unit dijual dalam masa 3 jam di "Shopee 11.11 Big Sale&" yang terlajak laris. Permintaan yang begitu tinggi terhadap telefon pintar yang pantas, bergaya dan mampu dimiliki menunjukkan Realme sedang menuju ke arah yang betul. Ia turut merupakan satu pencapaian besar buat kami dalam kerjasama kali pertama ini dengan Shopee. Kami tidak sabar-sabar untuk meneruskan kejayaan ini di Shopee sekali lagi tidak lama lagi,” demikian kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama, Realme Malaysia.
Untuk ulasan penuh mengenai Realme 2 Pro boleh lanjutkan bacaan disini - (Ulasan) Realme 2 Pro – Pesaing Baru Untuk Kelas Pertengahan
Berkaitan
- #MWC2019 - Xiaomi Lancarkan Mi Mix 3 Versi 5G
- ROG Phone 2 Ditawarkan Secara Rasmi, Harga Dari RM3499
- realme C17 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM899
- OPPO A16K, Telefon Pintar Bawah RM600 Di Malaysia
- Mi Premium Reseller Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di Pulau Pinang
- Aplikasi VivaVideo Dikesan Cuba Lakukan Lebih 20 Juta Transaksi Yang Meragukan
- Petunjuk Awal Mengenai Kapasiti Bateri iPhone 12
- OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom
- Ini Adalah Tren Terpantas Dunia, Jarak 1200km Hanya Ambil Masa 2.5 Jam
- Mobile Legends: 10 Tips Bermain Bagi Anda Yang Sering Kalah (Bahagian 2 - Akhir)