Skrin boleh lipat belum sempurna.
Seperti semua sedia maklum, Samsung telah pun pertontonkan iklan video acah bagi model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka yang akan dikenali sebagai Samsung Galaxy Z Flip di acara anugerah berprestij Oscar 2020.
Walaubagaimanapun mungkin ramai yang tidak sedar, di dalam iklan itu Samsung ada memaparkan nota kaki yang menyatakan “You may notice a crease at the center of the main screen, which is a natural characteristic of the screen.”
Apa yang dapat disimpulkan dari pernyataan itu adalah pengeluar telefon pintar masih belum dapat menghasilkan skrin sempurna untuk telefon pintar yang boleh dilipat.
Ini bermakna, kesan garis lipatan seperti yang dinyatakan Samsung itu lama-kelamaan akan jelas kelihatan. Lihat rajah di bawah.
Jadi, adakah anda mahukan peranti dengan kesan garis seperti calar pada skrin peranti pintar anda?
Samsung dijadualkan akan memperkenalkan secara rasmi Galaxy Z Flip di acara khas mereka, Galaxy UNPACKED yang akan berlangsung kurang 6 jam dari sekarang.
Acara itu boleh ditonton secara strim langsung menerusi laman rasmi Samsung.com. Pada acara itu, selain Galaxy Z Flip, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan model terbaru Samsung Galaxy S20.
Sumber: The Next Web
Berkaitan
- Dakwa Peranti Galaxy S22 Ditempah Masih Belum Diterima Sehingga Kini, Laman FB Samsung Diserang Pengguna
- CEO Samsung Electronics Berasa Malu Dengan Isu Galaxy Fold
- ROG Mengumumkan Komputer Riba Zephyrus G14 Edisi Khas Alan Walker
- Nissan Hyper Force, "Godzilla' Versi EV Masa Hadapan Mesra Alam
- Animasi Murid Tahun 5 Dari Sarawak Menangi Anugerah Festival Sinema Brazil
- Samsung Secara Terangan Menggunakan Ikon Face ID Apple Dalam Acara Khas Mereka
- Rakyat Malaysia Bakal Saksikan Fenomena 'Bulan Melintas Hadapan Planet Zuhrah' Jumaat Ini
- Beli Galaxy Z Flip5 Atau Z Fold5 Dan Dapatkan Ganjaran Bernilai Hampir RM1,800
- Garisan Hijau Tiba-Tiba Muncul Di Skrin Telefon Samsung Galaxy
- Skor Kamera Dan Paparan HONOR Magic5 Pro Atasi iPhone 14 Pro Max Dan Galaxy S23 Ultra - DxOMark