Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hypersport Adalah Motorsikal Elektrik Paling Pintar Dan Selamat Ditunggang Di Dunia

Hypersport Adalah Motorsikal Elektrik Paling Pintar Dan Selamat Ditunggang Di Dunia

Diterbitkan Januari 8, 2020 · Dikemas kini Januari 8, 2020 oleh ariff bukhari

Juga adalah superbike berprestasi tinggi yang mampu menjana kuasa lebih daripada 200hp.

Damon Motorcycles di CES 2020 hari ini telah mempertontonkan kepada pengunjung pameran sebuah motorsikal elektrik yang dibangunkan bukan sahaja berkuasa tinggi, tetapi juga didakwa sebagai sebuah jentera paling pintar dan selamat ditunggang.

Selain didakwa mampu menjana kuasa kuda sehingga lebih daripada 200hp dengan tork mencapai 200nm serta dikatakan mampu ditunggang sejauh 200 batu setiap kali dicas penuh, Superbike Damon Hypersport turut dilengkapi dengan sistem kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai CoPilot™ iaitu ciri keselamatan pintar termaju dari teknologi BlackBerry QNX.

Sekaligus meletakkan standad ciri keselamatan motorsikal pada tahap baru untuk generasi motorsikal pada masa hadapan.

Hypersport Adalah Motorsikal Elektrik Paling Pintar Dan Selamat Ditunggang Di Dunia

Menerusi CoPilot, superbike ini mampu mengesan mengesan sebarang bahaya, situasi trafik, keadaan jalan serta data lain yang sentiasa dikemaskini bagi memaklumkan kepada penunggang. Ia juga dilengkapi dengan sokongan teknologi rangkaian tanpa wayar 4G, Wi-Fi dan Bluetooth.

“This level of deep learning and connectivity are unprecedented, ensuring each rider a smarter, safer and connected ride; not only for individuals but for entire communities, with the goal to reduce incidents worldwide“. Dom Kwong, Pembangun bersama dan CTO Damon Motorcycles.

Hypersport berharga dari USD24,995.00 dan sudah pun boleh dipra tempah pembeli hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=UnnhitEcUbI&feature=youtu.be

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY