Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HUDWAY Cast Kickstarter Menjanjikan Paparan Yang Mampu Milik Untuk Semua

Posted on Ogos 30, 2017

Pasti kalian pernah melihat paparan berbentuk tablet yang menggunakan bahan lut cahaya seperti kaca di dalam cerita-cerita Hollywood bukan? Mungkin kita masih belum dapat melihat kereta terbang komersil atau pek jet yang mampu milik namun sekurang-kurangnya paparan tadi dapat direalisasikan oleh HUDWAY.

Syarikat itu telah melancarkan kempen Kickstarter untuk produk terbaru mereka yang dipanggil HUDWAY Cast. Peranti ini menampilkan paparan yang dikawal sepenuhnya oleh kawalan jauh dan disambungkan secara tanpa wayar ke peranti telefon pintar anda.

HUDWAY Cast berfungsi dengan sebarang peranti telefon pintar dan boleh diintegrasikan dengan sebarang jenis aplikasi termasuk Google Maps dan Waze. Mereka juga telah membuat aplikasi sendiri untuk Cast untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakannya.

Peranti ini dijangka akan dijual pada harga RM1066 dan boleh dikatakan agak ‘keras’ harganya jika sekadar digunakan untuk navigasi kereta anda. Melainkan anda menggunakannya untuk menonton filem di peranti tersebut. Di ingatkan perbuatan ini membahayakan kepada pemandu kenderaan tersebut.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress