Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Y9 Prime

Huawei Y9 Prime Diumumkan Dengan Harga RM899

Diterbitkan Julai 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Buat peminat yang menanti-nanti kedatangan Huawei Y9 Prime 2019, ia kini telah rasmi diumumkan oleh pihak Huawei Malaysia hari ini. Peranti berkelas pertengahan ini bakal dijual pada harga RM899 dan buat julung-julung kalinya Huawei membawakan peranti dilengkapi dengan kamera hadapan terangkat.

Huawei Y9 Prime Pop up

Huawei Y9 Prime dipasang dengan skrin paparan LCD 6.59 inci FHD+ bersih tanpa sebarang gangguan takuk.  Menguasakan dari dalam ada cip pemprosesan Kirin 710F yang digandingkan bersama RAM 4GB serta memori simpanan 128GB.

 

Tiga kamera terdiri daripada lensa 16MP+8MP+2MP ditugaskan bagi rakaman belakang sementara bahagian hadapan pula dirakam menerusi lensa 16MP. Berdekatan dengan barisan tiga kamera belakang pula diletakkan dengan sensor pengimbas cap jari.

huawei-y9-prime-2019-back-design-color-green (1)
Emerald Green
Sapphire Blue
Sapphire Blue
Midnight Black
Midnight Black

Pengecasan peranti dibuat melalui port USB-C dengan kapasiti bateri 4000mAh. Tiga warna yang ditawarkan adalah Midnight Black, Sapphire Blue, dan Emerald Green. Ia akan mula dijual bermula 27 Julai iaitu hari Ahad ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY