Huawei Y6p Dijual Pada Harga RM559 - Peranti Cip Helio P22 Dengan Bateri 5000mAh

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan penawaran baharu peranti kelas permulaan Huawei Y6p. Melalui peranti ini, ia memfokuskan kepada skrin dan juga kapasiti bateri yang bersaiz besar.

https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/videos/3160668503994698/

Huawei Y6p hadir dengan panel IPS LCD HD+ dalam saiz 6.3 inci. Pada paparan juga terdapat takuk kecil yang memuatkan lensa swafoto 8MP.

Untuk kamera belakang, ia mempunyai 13MP utama, 5MP sudut lebar, dan 2MP depth. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.

Huawei unveils Y6P and Y5P entry-level phones alongside MatePad T8 tablet

Cip yang digunakan adalah MediaTek Helio P22 berserta RAM 4GB. Storan dalaman ditawarkan sebesar 64GB dan boleh ditambah melalui sokongan kad microSD.

Menariknya, bateri berkapasiti besar 5,000mAh namun tidak semuanya indah kerana peranti turut mempunyai lubang pengecasan micro USB. Sepertimana peranti-peranti Huawei lain, ia hadir dengan AppGallery melalui perisian EMUI 10.1 berasaskan Android 10.



Peranti ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Phantom Purple, dan Emerald Green. Huawei Y6p dijual di Malaysia berharga RM 559 dan boleh didapati bermula 16 Mei 2020 kelak.

Sumber: Huawei Malaysia