Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Terima Lesen Lanjutan Sehingga Februari 2020

Posted on November 19, 2019

Sejak sekatan perdagangan dikenakan pentadbiran Trump pada Mei yang lalu, Huawei sudah dua kali menerima lesen sementara membolehkan urusniaga dilakukan bersama syarikat-syarikat AS.

Tempoh lesen kedua yang berakhir semalam akhirnya dilanjutkan lagi kepada 90 hari yang mana ia bertujuan untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi luar bandar di negaratersebut.

Lesen sementara yang terbaru ini dikatakan sepatutnya dilanjutkan sehingga 6 bulan tetapi, seperti laporan sebelum ini hanya diberikan selama 2 minggu dan akhirnya dimuktamadkan pada jangka masa 3 bulan yang bakal berakhir sekitar Februari 2020.

Jika menuruti kemelut yang melanda antara Amerika Syarikat dan gergasi teknologi dari China itu, kita boleh melihat kecelaruan polisi negara tersebut dalam mengendalikan masalahnya dengan Huawei.

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress