Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_002 (5)

Huawei Rasmikan Model Nova 4, Hadir Dengan Kamera 48MP

Diterbitkan Disember 17, 2018 ยท Dikemas kini Januari 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri demi siri khabar angin keudara, kini Huawei dengan rasminya melancarkan Huawei Nova 4.

Peranti ini tampil dengan rekaan lubang pada penjuru kiri atas yang menempatkan lensa selfie 25MP (f/2.0) dan ia kelihatan lebih kecil sedikit berbanding Galaxy A8s. Melengkapkan lagi sistem kamera adalah penggunaan tiga kamera pada bahagian belakang yang menggabungkan lensa 48MP (f/1.8), 16MP ultra wide angle (f/2.2), 2MP depth sensor (f/2.4).

Screenshot 2018-12-17 at 7.10.50 PM

Skrin IPS dengan rekaan berlubang ini berukuran 6.4 inci yang menyokong resolusi 2310 x 1080p. Dibahagian dalam ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 970 digandingkan bersama RAM 8GB dan storan berkapasiti 128GB.

Screenshot 2018-12-17 at 7.10.29 PM

Bateri 3750mAh digunakan untuk menjana Huawei Nova 4 dengan keupayaan pengecasan 18W. Bakal dilepaskan dipasaran China terlebih dahulu dengan nilai 3400 yuan atau sekitar ~RM2058 untuk model 48MP.

Screenshot 2018-12-17 at 7.10.20 PM

Sementara itu sebuah lagi variasi dengan kamera 20MP pula didagangkan pada harga 3100 yuan iaitu ~RM 1876 mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.

Adakah peranti ini akan menjengah pasaran tempatan? Belum dapat dipastikan lagi dan sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Huawei China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY