Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China

Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China

Diterbitkan Disember 26, 2018 oleh Haikel Areff

Beberapa hari yang lepas, pengeluar barangan teknologi gergasi China, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka berjaya mencapai sasaran untuk membekalkan lebih 200 juta telefon pintar pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mereka telah memperkenalkan satu edisi khas bagi dua model terbaharu mereka, Huawei Mate 20 Pro dan Nova 4.

Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China
Weibo

Edisi khas bagi model Mate 20 Pro akan didatangkan dengan warna hijau zamrud atau Emerald Green dengan variasi memori 8GB RAM serta simpanan dalaman sebesar 256GB.

Sementara bagi Nova 4 pula, ia akan dibekalkan dengan warna merah(Secret Red) serta simpanan dalaman 128GB. Kedua-dua model ini bakal mempunyai logo istimewa “200 Million Huawei Mobile 2018” pada panel belakangnya.

Huawei dilaporkan akan mula menawarkan edisi khas ini di China pada 1 Januari nanti, namun tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang telah dinyatakan.

Malangnya, dua model ini juga dijangka tidak akan ditawarkan bagi pasaran global.

 

Sumber: GizmoChina 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY