Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO Z7

Terima Pengesahan SIRIM, iQOO Z7 Dan Z7x Bakal Masuk Malaysia

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak minggu lalu, iQOO Malaysia telah mengacah kehadiran peranti baharu, dengan memberi bayangan siri tersebut bermula huruf “Z”.

Terbaharu, dua peranti iaitu iQOO Z7 dan Z7x telah menerima pengesahan SIRIM, yang menandakan pelancaran untuk pasaran Malaysia akan tiba tidak lama lagi.

Terima Pengesahan SIRIM, iQOO Z7 Dan Z7x Bakal Masuk Malaysia

iQOO Z7 telah pun dilancarkan untuk pasaran China dan India. Akan tetapi, ia membawakan beberapa spesifikasi yang berbeza. Di China, peranti ini ditawarkan dengan cip pemproses Snapdragon 782G, sementara pasaran India dengan cip MediaTek Dimensity 920.

Berkaitan

  • iQOO Malaysia Sahkan Akan Bawa Masuk Telefon Baru
  • vivo V27 5G Akan Dilancarkan Pada 30 Mac Ini

Bagi iQOO Z7x, ia dijana cip pemproses Snapdragon 695. Kedua-duanya didatangkan dengan gandingan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB berasaskan UFS 2.2.

Menyentuh spesifikasi yang lainnya, iQOO Z7 dan Z7x dilengkapi skrin bersaiz 6.64-inci LCD, resolusi FHD+, 120Hz kadar segar semula, kecerahan adaptif, serta sokongan HDR10.

iQOO Z7_1

Beralih ke bahagian kamera, iQOO Z7 didatangkan dengan tetapan dua kamera 64MP+2MP di bahagian belakang dan 16MP untuk swafoto. iQOO Z7x pula dimuatkan tetapan kamera 50MP+2MP dan 8MP swafoto.

Untuk hayat peranti, iQOO Z7 diisi dengan 5,000mAh bateri bersama pengecasan pantas 120W. Manakala, iQOO Z7x mempunyai kapasiti bateri lebih besar iaitu 6,000mAh, tetapi dengan sokongan pengecasan lebih perlahan iaitu 80W.

Buat masa ini, belum diketahui jika pasaran tempatan akan menerima varian yang sama seperti pasaran China atau sebaliknya. Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan pengumuman rasmi daripada iQOO Malaysia menjelang pelancarannya kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY