Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate Xs 2

Huawei Kekal Kuasai Pasaran Telefon Pintar Lipat 3 Tahun Berturut-Turut Di China

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan pasaran telefon pintar lipat 2023 yang diterbitkan oleh iResearch, pengeluar telefon pintar dari China, Huawei kekal sebagai pengeluar telefon pintar lipat terbaik untuk tempoh 3 tahun berturut-turut.

iResearch mendapati, Huawei menguasai pasaran telefon pintar lipat sejak dari 2020 sehingga 2022 dengan penguasaan pasaran bagi setiap tahun itu melebih 50%.

 

Screenshot 2023-03-23 074854

Malah pasaran telefon pintar lipat di China merekodkan peningkatan sebanyak 154% dalam tahun 2022 dan dijangka akan mencecah 5.5 juta dalam tahun 2023 ini.

Screenshot 2023-03-23 074738

Huawei pertama kali melancarkan telefon pintar lipat mereka menerusi Mate X yang dilancarkan pada pertengahan November 2019 dahulu.

Kemudian Huawei melancarkan beberapa sirinya yang lain seperti Mate Xs, Mate Xs 2 dan Mate X2.

Terbaru berkenaan telefon pintar lipat Huawei adalah mereka bakal melancarkan generasi terbaru  menerusi Huawei Mate X3 yang telah disahkan akan dilancarkan dalam bulan Mac 2023 ini juga.

Berkaitan

  • Huawei Mate X2, Telefon Boleh Lipat Dengan Harga Yang Tidak Murah
  • HUAWEI Mate Xs 2 Kini Tersedia Mulai 24 Jun Pada Harga RM7,999
  • Sah Siri Huawei P60 Dan Mate X3 Dilancarkan Pada Bulan Ini

Sumber: iresearchchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY