Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P30 Pro Sah Akan Hadir Dengan Kamera Periskop “Superzoom”

Huawei P30 Pro Sah Akan Hadir Dengan Kamera Periskop “Superzoom”

Diterbitkan Mac 6, 2019 oleh Haikel Areff

Siri Huawei P memang dikenali dengan penawaran kamera berkualiti tinggi yang dimilikinya. Siri P30 kali ini juga tidak terkecuali.

Ini kerana Huawei P30 Pro telah disahkan oleh Clement Wong(Naib Presiden Pemasaran Produk Global Huawei) akan hadir dengan kamera jenis periskop yang menyokong fungsi “superzoom”.

Imej Sebenar Huawei P30 Pro Didakwa Telah Tertiris
Imej yang dikatakan rekaan sebenar P30 Pro. (Kredit: Slashleaks)

Walaubagaimanapun, beliau menolak untuk memberi sebarang komen mengenai laporan menyatakan ia(superzoom) adalah 10x pengzooman optikal.

Wong hanya memberitahu bahawa kamera Huawei P30 Pro itu mampu melakukan “perkara yang tidak pernah dilakukan sesiapa sebelum ini”.

Sebelum ini, CEO Huawei, Richard Yu pernah berkongsikan satu gambar yang memaparkan imej bulan yang dipercayai diambil menggunakan Huawei P30 Pro.

Huawei P30 Pro Sah Akan Hadir Dengan Kamera Periskop “Superzoom”
Weibo/ Richard Yu

Pada acara MWC 2019 yang lepas, pihak OPPO juga telah memperkenalkan teknologi 10x pengzooman optikal dengan sistem periskop yang sama.

Namun, menurut kepada komen yang diberikan oleh Clement Wong, mereka mungkin membawa sedikit kelainan pada sistem kamera P30 Pro itu nanti.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa kamera Huawei P30 juga akan mempunyai fungsi malam yang lebih baik dan bukan hanya bergantung kepada perisian sahaja.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY