Huawei P30 Pro Dijual Serendah RM12 Pada Promosi 12.12 Ini

Antara yang ditunggu-tunggu pembeli menjelang akhir tahun adalah promosi jualan yang banyak menawarkan produk menarik pada harga murah. Tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan promosi akhir tahun ini, Huawei tampil dengan Huawei 12.12 yang turut menyediakan tawaran kilat pada harga serendah RM12 bagi pembeli bertuah. Promosi Huawei 12.12 akan dijalankan di platform Huawei Online Official Store.

huawei 12.12

Empat peranti akan ditawarkan pada harga RM12 menerusi jualan kilat yang berlangsung dalam tempoh 1 jam. Berikut merupakan senarai peranti;

  • Huawei P30 Pro (RAM 8GB/256GB) - Harga tawaran kilat RM12 (harga asal RM3899)

  • Huawei Backup Storage - Harga tawaran kilat RM12 (harga asal RM599)

  • Huawei TalkBand B5 - Harga tawaran kilat RM12 (harga asal RM599)

  • Huawei Freebuds Lite - Harga tawaran kilat RM12 (harga asal RM599)


huawei 12.12

Kesemua tawaran kilat membabitkan peranti ini akan berlangsung pada 12 Disember 2019 selama satu jam, bermula 12 tengah malam sehingga 1 pagi.

Selain itu, turut sama ditawarkan pada harga diskaun adalah Huawei Watch GT RM399 (harga asal RM799), Huawei Band 4 RM89 (harga asal RM139), Huawei Mate 20 RM1212 (harga asal RM 2099), Huawei MediaPad T5 RM599 (harga asal RM899).

huawei 12.12

Jadi jika anda berhajat untuk memiliki peranti yang disebutkan diatas, bolehlah mengambil peluang ini bagi mendapatkannya pada harga lebih murah.