Walaupun dibelenggu dengan isu membabitkan penggunaan servis daripada Google, ia tidak menghalang gergasi pengeluar peranti ini daripada memuatkan sejumlah ciri menarik pada siri Mate 30.
Masih belum diketahui tentang penawaran global, siri Mate 30 sudahpun mula dipasarkan di China sejak 26 September yang lalu dan ia mendapat sambutan hangat pengguna di sana. Mengumumkan perkara itu, Huawei menyatakan keluaran terbaru mereka ini sudah berjaya terjual 1 juta unit dalam masa 3 jam.
Ini mungkin tidak menghairankan kerana rata-rata dari kita sudah sedia maklum Huawei cukup popular di negara asalnya. Ia juga merupakan satu-satunya jenama yang memperoleh peningkatan dalam jualan pada tahun lalu ketika mana pengeluar lain mengalami penurunan.
Untuk pasaran Malaysia, siri Huawei Mate 30 bakal dilancarkan esok bersamaan 3 Oktober 2019.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- ASUS ZenFone Max Pro M2 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi 11 Disember Ini
- Pengguna Samsung S9 Dan S9+ Malaysia Mula Terima Kemaskini Android Pie
- Fon Telinga Tanpa Wayar Huawei FreeLace Dijual Pada Harga RM369 Bermula Esok
- Sekatan Muat Turun Aplikasi VLC Pada Peranti Huawei Sudah Ditarik Balik
- Promosi Tahun Baru Cina Dari Sony Mobile Malaysia
- Habis Terjual Dalam Masa 5 Minit Sahaja, Promosi Honor 9 Lite Bakal Kembali 3 Petang Ini
- Kajian Mendapati Pengguna Malaysia Menunjukkan Minat Yang Tinggi Terhadap iPhone 8
- Telefon Boleh Lipat Xiaomi Dilapor Akan Dijual Pada Harga Lebih Murah Berbanding Galaxy Fold Dan Mate X
- Juruwang Di Tokyo Curi Maklumat Lebih Dari 1300 Kad Kredit Pengguna Dengan Cara Menghafal
- Huawei Akan Lancarkan 8 Produk 23 Februari Ini