Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan – Harga Hanya RM291,865

iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan – Harga Hanya RM291,865

Diterbitkan November 1, 2019 · Dikemas kini November 1, 2019 oleh Meor Hasyim

Jenama mewah Caviar dikenali dengan jenama yang menghasilkan peranti dengan edisi terhad. Baru-baru ini juga jenama tersebut telah mengeluarkan model iPhone dengan cebisan baju Steve Jobs. Meneruskan penghasilan produk, Caviar telah melancarkan siri terbaharu iPhone 11 Pro mereka, Discovery.

Tema siri itu adalah Sistem Solar dan yang paling menarik adalah model Solarius yang hadir dengan 18 karat kg emas di belakangnya. Dengan harga yang dijual pada $70,000USD iaitu sekitar RM291,865, ia secara tidak langsung merupakan model iPhone 11 Pro yang termahal untuk dibeli.

iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan – Harga Hanya RM291,865Selain model Solarius, pembeli juga boleh memilih model lain yang mempunyai batu daripada mineral cakerawala iaitu Mars dari planet Marikh, Terra dari meteorit Tsarev, dan Luna daripada bulan. Harganya adalah sedikit rendah bermula dari $8,100USD iaitu sekitar RM33,753 sahaja.

iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan – Harga Hanya RM291,865
iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan – Harga Hanya RM291,865
iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan – Harga Hanya RM291,865

Mineral cakerawala tersebut adalah asli dan datang daripada Muzium Mineralogi Fersman yang merupakan antara muzium mineral terbesar di dunia terletak di Moscow, Russia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY