Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bermula Snapdragon 888, Telefon Android Akan Terima Sokongan Kemaskini Sehingga 4 Tahun

Bermula Snapdragon 888, Telefon Android Akan Terima Sokongan Kemaskini Sehingga 4 Tahun

Diterbitkan Disember 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Google kini telah mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm untuk membolehkan sokongan kemaskini lebih lama untuk telefon pintar Android.

Melaluinya, sokongan kemaskini ini tidak terhad pada telefon terpilih sebaliknya turut melibatkan kesemua model telefon pintar termasuk kelas permulaan bermula Snapdragon 888.

Menerusi kenyataan blog yang disiarkan oleh Qualcomm dan Google, selepas ini mereka akan menyokong sehingga 3 versi kemaskini utama dan juga 4 tahun kemaskini tampalan sekuriti.

Sokongan kemaskini yang lebih lama ini dijayakan melalui perubahan Project Treble yang menjadi nadi bagaimana telah merubah rangka kerja kemaskini Android sejak beberapa tahun ini.

image 6

Jika sebelum ini maksimum kemaskini yang dijanjikan hanya maksimum 3 tahun sahaja (itupun sesetengah telefon seperti Pixel atau OnePlus), perubahan terbaharu ini membolehkan kesemua telefon menikmati pengalaman kemaskini yang sama hampir kepada apa yang iOS nikmati selama ini.

image 2

Pun begitu, sokongan kemaskini sehingga 4 tahun masih tertakluk kepada tanggung jawab pengeluar dan jenama.

Google dan Qualcomm hanya membentangkan ruang kemaskini dan memudahkan kerja, jika pengeluar masih tidak mengambil manfaat untuk memberikan sokongan, pun tidak guna juga.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY