Dua video acah peranti ini sedia dikongsikan oleh Huawei dimana ia menggambarkan prestasi terbaik saat rakaman swafoto serta kelengkapan kamera yang bakal dibawa.
https://www.youtube.com/watch?v=WI7hVTAMNuE&feature=emb_title
https://www.youtube.com/watch?v=dWlIt60zKbU
Berdasarkan video diatas, kita boleh lihat penawaran akan datang dalam siri Nova ini bakal dilengkapi dengan dwi kamera hadapan yang salah satunya adalah sensor 32MP. Selain itu, bahagian tersebut mampu merakam pada sudut yang lebih luas sehingga 105 darjah serta ciri autofokus untuk rakaman swafoto lebih baik. Kamera 32MP ini mungkin berpasangan dengan kamera 12MP.
Berdasarkan khabar angin yang bertiup ketika ini, Huawei Nova 6 5G berkemungkinan tampil dengan panel paparan IPS LCD, Kirin 990, RAM 8GB sehingga 12GB dan pilihan ruang memori antara 128GB serta 256GB.
Panel belakang pula dikhabarkan menyertakan sistem kuad kamera terdiri daripada 60MP (Sony IMX 686?), 16MP, 12MP dan 2MP. Dari segi janaan kuasa, Nova 6 5G ini dikatakan akan dibekalkan dengan bateri 4000mAh bersama teknologi pengecasan pantas 40W.
Sensor pengimbas cap jari konvesional juga tidak kelihatan didalam video dan ia digambarkan mempunyai ciri imbasan tersebut pada sisi peranti.
Selain versi 5G, Nova 6 juga mungkin hadir dengan versi 4G bagi memenuhi pasaran yang belum lagi mengimplementasi rangkaian generasi terbaru itu.
Dijadualkan pelancaran pada 5 Disember, spesifikasi yang disebutkan diatas belum dapat disahkan kesahihannya dan untuk itu, sama-sama kita nantikan acara perasmian Huawei Nova 6 5G itu nanti.
Berkaitan
- DxOMark Umum Telefon Pintar Terbaik Bagi Ciri Kamera, Swafoto Dan Audio
- Jepun Akan Sekat Eksport Beberapa Bahan Pembuatan Peranti Ke Korea Selatan
- China Bina Panel Solar Berbentuk Panda
- Alibaba Akan Jual Kereta Menggunakan Mesin Layan Diri
- Sensor Cap Jari Dalam Paparan Mungkin Jadi Ciri Standard Pada Telefon Kelas Pertengahan
- Firma Dari Israel Akui Mampu Akses Masuk Sistem Operasi Semua iPhone
- Rindu Nak Pergi Pasar Malam? Bigo Pasar Malam Kan Ada
- Pemilik iPhone 5 Mesti Kemaskini Peranti Untuk Terus Gunakan App Store, iCloud Dan Aplikasi Lain
- Maxis Tawar VPN RM9 Sebulan, Kalau Ambil "Bundle" Boleh Dapat Percuma Setahun
- Sony PlayStation 4 Pro: Lulus Ujian Pensijilan Dari SIRIM