Bagi pertaruhan kali ini, pengeluar melengkapkan Huawei Nova 5T dengan cip pemprosesan Kirin 980 bersama padanan memori RAM 8GB serta 128GB (UFS 2.1) untuk ruang simpanan dalaman. Bahagian hadapan peranti pula menampilkan rekaan lubang yang dihuni kamera selfie 32MP. Rakaman belakang pula ditugaskan kepada 4 kamera terdiri daripada 48MP+16MP+2MP+2MP.
Peranti hadir dengan panle paparan All-View-Display berukuran 6.26 inci yang menjanjikan kepuasan ketika menonton sebarang kandungan.
Bakal menjalankan sistem antaramuka EMUI 9 berasaskan Android 9, Nova 5T dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 3750mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas SuperCharge 22.5W. Huawei menyatakan pengecasan bagi 50% hanya mengambil masa sehingga 30 minit.
Rekaan belakang Nova adalah dari jenis kaca 3D holografik dan ditawarkan dengan tiga pilihan Midsummer Purple, Crush Blue dan Black.
Pra-tempah peranti ini akan dimulakan pada Khamis ini bersamaan 29 Ogos 2019 sehingga 5 September 2019 di Huawei Online Store.
Pembelian secara pra-tempah ini akan menyediakan hadiah bernilai RM325 seperti pembesar suara mini dan pengecas SuperCharge dalam kereta. Seperti penawaran terdahulu, jaminan 1 tahun tambahan bagi pembelian dalam tempoh sehingga 31 September 2019. . Menariknya juga, Huawei Malaysia turut menawarkan program trade in mana-mana peranti Nova anda untuk dinaik taraf kepada Huawei Nova 5T. Jualan Nova 5T akan bermula pada 7 September depan.
Berkaitan
- Telefon Baru Huawei Mungkin Dipasang Terus Dengan HarmonyOS
- Ini Mungkin Rupa Bentuk Sebenar Huawei Nova 6
- Qualcomm Sahkan Bakal Membekal Cip Kepada Huawei
- Boleh Ke WhatsApp Status Kumpul Maklumat Peribadi? Ini Jawapan Facebook Malaysia
- realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799
- ASUS Malaysia Buka Kedai Konsep ROG Pertama Di Plaza Low Yat
- OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999
- Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau
- Open Signal Keluarkan Keputusan Ujian Strim Video, Malaysia Berada 10 Terbawah
- Telefon Pintar Bajet, Neffos X1 Lite Sudah Mendarat Di Malaysia - RM499