Huawei Nova 5T Bakal Diperkenalkan 25 Ogos Ini

Siri Nova 5 pertama kali diperkenalkan sekitar Jun yang lalu dimana ia membariskan Nova 5, Nova 5 Pro serta Nova 5i dan pada bulan berikutnya Nova 5i Pro pula membuat penampilan.

Kini, ahli kelima siri terbabit bakal dilancarkan tidak lama lagi menerusi yang akan dikenali dengan nama Nova 5T. Pengenalan peranti ini akan dibuat di Malaysia pada acara  KFLW  2019 yang mana ia merupakan kerjasama kali kedua antara platform pertunjukkan fesyen itu bersama siri Nova dari Huawei.



Spesifikasinya belum lagi didedahkan tetapi Google dilaporkan telah memuat naik sedikit maklumat berkenaan peranti secara tidak sengaja pada laman Android Enterprise mereka tempoh hari.

Melalui pendedahan itu, Nova 5T dilihat bakal menawarkan skrin paparan 5.5 inci dengan rekaan "lubang" pada skrin untuk kamera hadapan, RAM 8GB dengan pilihan antara 128GB ke 256GB.

Pengimbas cap jari akan berada pada sisi kanan peranti berdekatan dengan pelaras kelantangan bunyi. Untuk maklumat lengkap beserta harga, sama-sama kita nantikan acara pelancaran global yang hanya berbaki 3 hari sahaja lagi.