Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nafi Sebarang Salah Laku Oleh CFO Syarikat Yang Ditahan Pihak Berkuasa Kanada

Huawei Nafi Sebarang Salah Laku Oleh CFO Syarikat Yang Ditahan Pihak Berkuasa Kanada

Diterbitkan Disember 6, 2018 oleh Helmi Samsuri

GUANGZHOU, 6 Dis (Bernama) — Gergasi teknologi China, Huawei, pada Khamis menafikan sebarang salah laku oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat itu, Meng Wanzhou, selepas beliau ditahan buat sementara waktu oleh Pihak Berkuasa Kanada, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Huawei, syarikat itu telah diberikan maklumat yang amat sedikit berkaitan perkara tersebut dan tidak menyedari sebarang salah laku oleh Meng.

Huawei berkata syarikat itu telah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai di mana sahaja ia beroperasi, termasuk undang-undang sekatan dan kawalan eksport yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat (AS)  serta Kesatuan Eropah.

“Syarikat percaya sistem perundangan Kanada dan AS pada akhirnya akan mencapai satu keputusan yang tepat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Meng telah ditahan buat sementara waktu oleh Pihak Berkuasa Kanada bagi pihak AS ketika wanita tersebut menukar penerbangan di Kanada.

— BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY