Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei MatePad 12 X Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM2,999

Huawei MatePad 12 X Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM2,999

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Huawei Malaysia kini memperkenalkan tablet baharu, HUAWEI MatePad 12 X, yang menawarkan gabungan produktiviti dan kreativiti dalam satu peranti.

jpeg-optimizer_IMAGE 1 (2)

MatePad 12 X dilengkapi PC-Level WPS Office, membolehkan pengguna menulis dokumen, menyunting spreadsheet, dan membuat pembentangan dengan lancar, setanding dengan komputer tradisional. Ciri multi tugas seperti split screen memudahkan pengurusan data tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi, menjadikannya pilihan ideal untuk tugas pejabat atau projek akademik.

Bateri 10,100mAh mampu bertahan sehingga 14 jam tontonan video atau 12 jam melayari web. Ia juga menyokong pengecasan pantas 66W Huawei SuperCharge, membolehkan bateri dicas penuh dalam hanya 85 minit.

jpeg-optimizer_IMAGE 2 (3)

Dilengkapi papan kekunci NearLink dan M-Pencil, tablet ini berubah menjadi mini-laptop. Papan kekunci dengan pintasan pantas (shortcut) memudahkan tugas menulis, manakala M-Pencil membolehkan pengguna mencatat nota atau melukis dengan ketepatan tinggi.

Paparan 12-inci PaperMatte dengan kadar segar semula 144Hz memberikan pengalaman visual yang selesa untuk mata, terutamanya bagi penggunaan jangka panjang. Teknologi anti-silau dan lapisan tahan cap jari memastikan pengalaman menulis seperti di atas kertas.

jpeg-optimizer_IMAGE 6

Dengan harga RM2,999, tablet ini direka khusus untuk golongan muda yang memerlukan alat produktiviti berprestasi tinggi dalam format yang bergaya dan ringan.

Prapesan dibuka dari 19 hingga 29 November 2024. Pembeli awal akan menerima hadiah bernilai sehingga RM2,624, termasuk FreeBuds 5, M-Pencil generasi ke-3, papan kekunci pintar, tetikus, beg galas, dan perlindungan skrin selama setahun.

Beli di:

Shoppe – https://invl.io/clm0fom

Lazada – https://invol.co/clm0fou

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz
  • Giliran Sanji, Robin Dan Franky Pula Jadi Tema Kerusi 'Gaming' TT Racing
  • Sony Dilapor Dalam Perbincangan Ambil Alih Syarikat Di Sebalik Studio Elden Ring
  • Tripzilla Nobatkan Malaysia Sebagai Destinasi Terbaik 2024

Sumber: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY