Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL Paling Corot, Gagal Siapkan 51 Menara Fasa 1 JENDELA – Fahmi

YTL Paling Corot, Gagal Siapkan 51 Menara Fasa 1 JENDELA – Fahmi

Diterbitkan November 29, 2024 ยท Dikemas kini November 29, 2024 oleh Amalina Athman

Sebanyak 266 daripada 577 menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 masih belum beroperasi, dan telah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia antaranya melibatkan syarikat YTL Communications Sdn Bhd yang didapati tidak menyiapkan 51 menara telekomunikasi diterima menerusi JENDELA.

YTL yang paling corot, saya minta maaf saya terpaksa sebut di sini, daripada 51 menara yang telah diterima, kesemua 51 tidak siap.

Selain itu, CelcomDigi menerima 866 menara dan 366 daripadanya masih dalam pelaksanaan, Maxis (134 menara, 96 dalam pelaksanaan), U Mobile (143 menara, 19 dalam pelaksanaan), REDTone (191 menara, 45 dalam pelaksanaan).

Sehingga 31 Oktober, sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap dan daripada jumlah menara yang siap, hanya 808 menara telah beroperasi.

Fahmi berkata pihak kontraktor akan berdepan tindakan tegas sekiranya menara telekomunikasi lewat disiapkan. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah diminta untuk meneliti mana-mana menara telekomunikasi yang menghadapi kelewatan untuk disiapkan.

Menurutnya, antara penalti yang boleh dikenakan di bawah Notis Pemberitahuan Penamaan kepada pihak pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara dalam tempoh ditetapkan adalah liquidated damages, mengambil Performance Bond, penolakan tuntutan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, bagi menangani isu capaian internet di kawasan bandar dan luar bandar, Fahmi berkata kerajaan melalui MCMC telah menetapkan sasaran untuk menyediakan 100% liputan internet di kawasan berpenduduk menjelang 2025 di bawah JENDELA.

Berkaitan

  • U Mobile Siapkan 78 Daripada 81 Projek Menara JENDELA Yang Diberi
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • JENDELA Fasa 2 Bakal Dirombak Kerana Fasa 1 Mengecewakan - Fahmi
  • Fahmi Gesa Percepatkan Penyediaan Perkhidmatan Mudah Alih Fasa 1 JENDELA

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY