Selain peranti mudah alih Mate Xs dan juga MatePad Pro 5G, Huawei juga turut melancarkan model terbaru untuk Huawei Matebook X Pro.

Sama seperti versi Matebook X Pro yang sebelum ini, tiada perubahan rekaan dipertontonkan. Namun hanyalah sekadar kemaskini spesifikasi yang menggunakan cip terbaru Intel Gen-10.
Laptop menggunakan paparan sesentuh 13.9 inci dengan resolusi 3000 x 2000 berjumlah 260 PPI. Panel paparan juga turut menyokong 100% sRGB dan kuasa penggunaan rendah LTPS.

Cip pemprosesan dijana oleh Intel i7-1051u. Namun terdapat juga versi kurang berkuasa dengan Intel i5. Untuk pemprosesan grafik pula, terdapat pilihan dengan Nvidia GeForce MX250.
RAM Matebook X Pro adalah sebesar 16GB. Untuk storan dalaman pula, ia bermula dari pilihan 512GB sehingga 1TB jenis SSD.
Untuk model terbaharu ini, Huawei menyertakan varian warna hijau baharu. Harga jualan adalah bermula dari 1499 euro (~RM6868) untuk versi paling asas dengan cip Intel i5 yang tiada pemprosesan grafik MX250.

Ia akan dijual bermula April 2020 ini namun untuk pasaran tempatan tarikhnya belum lagi dikongsikan.
Berkaitan
- Walaupun Ketiadaan Servis Google, Ini Sebab Huawei Masih Boleh Bertahan
- Siri Sony Xperia Compact Bakal Membuat Kemunculan Kembali?
- Biar Lambat Asalkan Dapat, Xiaomi Mi A3 Mula Terima Kemaskini Android 10
- Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilengkapi Bateri Sebesar 5,260mAh
- Spesifikasi Penuh Dan Imej Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan
- CIMB Kata Ralat Pemprosesan Punca Akaun Bank Menjadi Negatif
- Galaxy Note 10 Lite Bakal Menggunakan Rekaan Kamera Belakang Kotak
- 43 Lagi Aplikasi Dari China Disekat Oleh Kerajaan India Termasuk AliExpress
- HONOR Mungkin Akan Terima Semula Akses Kepada Servis Google Setelah Dijual Oleh Huawei
- Samsung Galaxy S21: Tiada Pengecas, Tiada Fon Telinga, Hanya Kabel Sahaja