Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate XT, Telefon Pintar Tri-Lipat Pertama Dunia Diperlihat

Huawei Mate XT, Telefon Pintar Tri-Lipat Pertama Dunia Diperlihat

Diterbitkan September 9, 2024 oleh Rushsyafizal

Menjelang acara pelancaran Huawei yang dinanti-nantikan pada 10 September di China, imej terbaru Huawei Mate XT telah didedahkan, memberikan pandangan lebih jelas berkaitan telefon pintar tri-lipat pertama di dunia.

Gambar ini memperlihatkan reka bentuk lipatan Mate XT sepenuhnya, yang telah menarik perhatian ramai peminat teknologi.

Huawei Mate XT, Telefon Pintar Tri-Lipat Pertama Dunia Diperlihat

Imej tersebut dikongsi di komuniti TechBoilers oleh pengguna Xinc, yang menunjukkan Mate XT dalam konfigurasi terbuka sepenuhnya. Ini memberikan pandangan pertama mengenai paparan besar peranti tersebut, yang dikhabarkan bersaiz 10 inci. Selain itu, skrin tersebut dikatakan dilengkapi dengan kamera hadapan 8-megapiksel yang diletakkan pada bahagian kiri.

Menariknya, skrin kelihatan tanpa kesan lipatan atau crease yang jelas, memberikan penampilan yang lebih moden, peranti ini mampu memberikan pelbagai sudut pandangan dan mod penggunaan.

Malah, ia mirip konsep yang diperlihatkan TECNO menerusi Phantom Ultimate 2 baru-baru ini.

Menjelang pelancarannya, telefon Huawei Mate XT dilihat sudah membuka tempahan awal boleh dibuat di stor dalam talian Huawei, dengan pilihan storan 16GB/512GB dan 16GB/1TB.

Tiada harga yang ditetapkan lagi dan buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu sahaja ia dilancarkan secara rasmi nanti, iaitu selepas Apple melancarkan produk baharu mereka.

Sumber : Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun
  • Zuhal Dan Bulan-Bulannya Akan Dapat Dilihat Di Langit Kuala Lumpur Malam Ini
  • Selepas Atasi Jumlah Pelanggan YouTube Apple, Mrwhosetheboss Bina iPhone Terbesar Di Dunia
  • Tesla Lancar "Giga-Train", Kereta Api Berkuasa Bateri Sepenuhnya Dengan Tambang Percuma

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY