Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun

Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun

Diterbitkan September 8, 2024 · Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

Pasukan Perubahan Paras Laut NASA baru-baru ini mendapati bahawa pulau-pulau Kiribati berisiko menghadapi banjir yang ketara kesan daripada paras laut yang meningkat.

33 KIRIBATI ISLANDS
Kiribati terdiri daripada 33 Pulau yang dikumpulkan kepada 3 kepulauan pulau: Kepulauan Gilbert di Barat; Kawasan Perlindungan Kepulauan Phoenix di tengah; dan Kepulauan Line di Timur.
Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun
Pulau Kiritimati (disebut “Ki-ris-mas” – Pulau Krismas), salah satu pulau Kiribati di Pasifik Selatan, yang berkemungkinan akan menghadapi peningkatan risiko banjir akibat kenaikan paras laut menurut laporan baru-baru ini.

Penilaian pasukan NASA terhadap potensi ancaman didapati adalah serupa dengan laporan 2023 mengenai satu lagi negara pulau Pasifik, Tuvalu, berdasarkan pada data permukaan dan satelit, pemodelan komputer dan unjuran kenaikan paras laut dalam beberapa dekad akan datang.

Antara penemuan pasukan itu adalah:

  • 3 kumpulan pulau Pasifik Selatan yang membentuk Kiribati, dengan pemisahan antara pulau paling timur dan paling barat yang lebih luas daripada Amerika Syarikat, telah menyaksikan paras laut meningkat 2 hingga 4 inci (5 hingga 11 sentimeter) sejak 30 tahun yang lalu.
Kiribati SL
Rajah di atas menunjukkan anggaran kenaikan paras laut untuk kumpulan pulau Kiribati dari 1993 hingga 2022, dalam milimeter. Bintang menunjukkan lokasi tiga tolok pasang surut yang terletak di pulau Gilbert (Tarawa), Phoenix (Pulau Kanton) dan Line (Kiritimati), dari barat ke timur. Kredit imej: Ihsan Pasukan Perubahan Paras Laut NASA.
  • Menjelang 2050, pulau-pulau itu mungkin akan melihat tambahan 6 hingga hampir 12 inci (15 hingga 30 sentimeter).
  • Menjelang akhir abad ini pula, bergantung pada pelepasan gas rumah hijau masa depan dan pemanasan global, paras laut Kiribati boleh meningkat sebanyak 1 1/2 hingga lebih daripada 3 kaki (50 hingga 100 sentimeter). Dalam senario terburuk, ia boleh menghampiri 6 1/2 kaki (2 meter).
  • Kekerapan dan keterukan banjir akan meningkat apabila dekad berlalu di mana semua pulau berkemungkinan akan mengalami lebih daripada 100 hari banjir setiap tahun menjelang akhir abad ini.
Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun
Kedudukan Negara Kiribati di dalam peta.
Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun
Peta Kiribati menunjukkan keluasan tiga kumpulan pulau yang terdiri daripada Kiribati dan yang merentasi kedua-dua belah Khatulistiwa.

Laporan oleh penyelidik NASA ialah ringkasan peringkat tinggi ancaman banjir masa depan berdasarkan data yang ada, bertujuan untuk membantu memaklumkan dalam menghadapi kesan perubahan iklim.

SATELIT SWOT
Satelit SWOT (Air Permukaan dan Topografi Lautan), yang dilancarkan pada 2022 digunakan bagi membantu NASA mengukur paras laut berhampiran pantai dengan lebih tepat berbanding ganerasi satelit terdahulu.

NASA dalam laporannya berkata, tenggelam atau kenaikan tanah itu sendiri, yang boleh mengubah anggaran paras laut, boleh berbeza-beza di antara pulau-pulau yang dipisahkan secara meluas, dan memerlukan pemerhatian lanjut.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: NASA Sea Level Change Portal, NASA, cia.gov

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY