Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Atasi Jumlah Pelanggan YouTube Apple, Mrwhosetheboss Bina iPhone Terbesar Di Dunia

Selepas Atasi Jumlah Pelanggan YouTube Apple, Mrwhosetheboss Bina iPhone Terbesar Di Dunia

Diterbitkan September 8, 2024 ยท Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

YouTuber dan pencipta kandungan terkenal, Mrwhosetheboss atau nama sebenarnya Arun Maini, telah mencipta replika telefon pintar terbesar dengan membina iPhone gergasi yang tingginya lebih 2 meter.

Menjadikan iPhone 15 Pro Max sebagai strukturnya usaha beliau itu turut mendapat bantuan Matthew Perks, juga dikenali sebagai DIYPerks.

“Semasa membesar, saya akan menghilang ke perpustakaan selama berjam-jam untuk membaca buku Rekod Dunia Guinness terkini, jadi untuk mencapai anugerah ini saya berasa benar-benar nyata.” Mrwhosetheboss.

Untuk memenuhi cabaran itu, iPhone itu mestilah berfungsi sepenuhnya, termasuk boleh menatal dengan mudah, menghantar teks dan e-mel serta mengendalikan semua aplikasi seperti pada sebuah telefon pintar biasa.

Malah, ia juga perlu mempunyai kamera yang berfungsi, lampu suluh dan port pengecasan.

“Saya sangat berbangga dengan kedua-dua pasukan kami dan Matt kerana melakukan apa yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Arun mula memuat naik kandungan di YouTube pada tahun 2011 dan sejak itu telah mengumpul ramai pengikut yang mengikuti ulasan teknologinya.

Dia mencipta iPhone besar ini adalah bagi meraikan kejayaan salurannya mengatasi jumlah pelanggan saluran Apple di YouTube.

Saluran YouTube Mrwhosetheboss kini mempunyai 19.4 juta pelanggan sementara Apple pula mempunyai 19.3 juta pelanggan.

Berkaitan

  • Peminat Tegar Nokia Ini Pecah Rekod Guinness Miliki Koleksi Telefon Bimbit Terbanyak Di Dunia
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY