Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei tri lipat

HUAWEI Bakal Perkenal Telefon Lipat Tri-Skrin Minggu Depan

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh Amalina Athman

Huawei kini menjadualkan pelancaran produk baharu pada 10 September 2024, jam 2.30 petang.

Syarikat itu tidak menyebut produk khusus yang akan diperkenalkan. Walaupun begitu, poster utama jelas menggambarkan bahawa telefon lipat tri-skrin akan membuat kemunculan pada acara itu nanti.

Huawei tri lipat_1

Sebagai tambahan, sumber yang memberitahu Bloomberg juga menyatakan bahawa Huawei bakal mendedahkan telefon pintar komersial pertama di dunia yang boleh dilipat dua kali.

Peranti baharu itu dikatakan mempunyai dua engsel yang membolehkan ia dilipat menjadi bentuk Z. Spekulasi menjangkakan telefon itu mempunyai skrin 10-inci apabila dibuka dan kemungkinan lebih nipis daripada beberapa telefon lipat sedia ada.

Namun, satu perkara yang tidak boleh dijangkakan pada telefon lipat baharu itu ialah integrasi Google. Larangan perdagangan HUAWEI bermakna syarikat itu masih tidak boleh menggunakan Google Mobile Services (GMS) pada perantinya.

Dengan acara yang akan diadakan beberapa jam selepas kemunculan sulung Apple iPhone 16, ia bakal menyaksikan pertembungan antara dua gergasi teknologi.

Berkaitan

  • Apple Jauh Dahului Pasaran Tablet Global, Huawei Dan Xiaomi Catat Peningkatan Paling Ketara
  • 'HUAWEI TruSense' Diperkenalkan, Akan Menguasakan Peranti Boleh Pakai September Ini
  • TECNO Perlihat Konsep Telefon Tri-Lipat, Skrin Sebesar Tablet 10 Inci
  • Huawei Mate 70 Pro Dijangka Ada Naik Taraf Banyak Untuk Kamera

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY