Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mate 20 pro

Huawei Mate 30 Pro Dilihat Bakal Kekalkan Rekaan Takuk Lebar

Diterbitkan Julai 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sedikit demi sedikit perkhabaran mengenai Huawei Mate 30 Pro muncul dan antara yang terbaru merupakan skrin paparan yang didakwa milik peranti flagship Huawei tersebut.

Huawei Mate 30 Pro Dilihat Bakal Kekalkan Rekaan Takuk Lebar

Mula dimuat naik pada laman media sosial Weibo, imej memperlihatkan rekaan skrin hadapan yang masih mengekalkan takuk lebar seperti generasi sebelumnya. Terdapat 6 lubang berada pada takuk tersebut yang bakal dihuni oleh ciri komponen seperti sensor kamera swafoto, pembesar suara pengimbas wajah dan lain-lain.

Huawei Mate 30 Pro

Ukuran paparan ini masih belum diketahui lagi tetapi ia dijangka tampil dengan saiz 6.71 inci QHD+ dari jenis OLED dengan dikuasakan oleh cip Kirin 985 yang masih belum dikeluarkan lagi. Sementara sebuah lagi imej yang terlebih dahulu dikongsikan minggu lalu menunjukkan sisi skrin lebih melengkung berbanding Mate 20 Pro.

mate 30 pro

Antara ciri lain yang turut diperkatakan hadir melengkapkan Mate 30 Pro adalah bateri berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W bersama-sama keboleh pengecasan tanpa wayar berbalik dengan daya 10W.

Sumber: PocketNow

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY