Versi yang dimaksudkan adalah Huawei Mate 20 Pro yang dipertingkatkan dari segi sistem memori iaitu RAM 8GB bersama-sama storan dalaman 256GB.
Ia akan mula dijual pada hari Sabtu ini bersamaan 22 Disember 2018 pada harga RM 3999. Huawei menjanjikannya sebagai peranti lebih pantas dan ruang simpanan yang lebih besar, versi ini ditawarkan dengan warna ikonik syarikat itu, Twilight.
Huawei Mate 20 Pro dengan RAM 8GB dan 256GB storan boleh dibeli secara dalam talian mahupun luar talian di Huawei Online Store, Lazada, SenHeng atau di Huawei Experience Store.
Setiap pembelian peranti versi ini, Huawei akan menyertakan sekali dengan pengecas tanpa wayar tetapi berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan serta sementara stok masih ada.
Berkaitan
- Donald Trump Nyatakan Tidak Mahu Berurus Niaga Dengan Huawei
- 10 Antivirus Percuma Dan Terbaik Untuk Tahun 2017
- Oppo Malaysia Turunkan Harga Oppo N3 Kepada RM998
- Indonesia Pertama, Malaysia Ketiga Kes Phishing Di Asia Tenggara Sepanjang 2022 - Kaspersky
- ASUS Beri Lanjutan Waranti Selama 30 Hari Untuk Semua Produk
- realme Malaysia Hadiahkan Telefon Kepada Adik Umar
- Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?
- Spesifikasi Huawei Nova 4 Mula Kelihatan, Kamera Utama 48MP
- DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM6599 dan RM5699
- Kecerdasan Buatan "Wukong AI"Tewaskan Pemain Profesional Dalam Permainan Arena of Valor