Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dedahkan Huawei Mempunyai Akses Kepada Data Pengguna Mereka

Huawei Mate 20 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Terpantas

Diterbitkan Ogos 30, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 30, 2018 oleh Haikel Areff

Di kala Huawei masih lagi mahu berahsia mengenai tarikh pelancaran peranti perdana terbarunya, Mate 20, pelbagai maklumat mengenai peranti tersebut telah tertiris di dalam dunia internet sejak beberapa minggu lepas. Yang terkini, model dalam siri tersebut dilaporkan akan hadir dengan pengecasan tanpa wayar terpantas, dengan kuasa 20W.

Huawei Mate 20 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Terpantas

Fungsi ini dilihat bersesuaian dengan kapasiti bateri gergasi yang dikatakan akan digunapakai oleh model Mate 20 itu nanti. Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Mate 20 Pro mungkin akan hadir dengan bateri yang lebih besar berbanding model Huawei sebelumnya seperti P20 Pro dan Mate 10 Pro yang menggunakan bateri 4,000 mAh.

Huawei Nova 3 Dah Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

Selain daripada pengecasan tanpa wayar ini, antara maklumat lain mengenai siri Mate 20 yang telah tertiris sebelum ini ialah penggunaan kamera utama tiga lensa, cip pemprosesan baru Hisilicon Kirin 980 dan dikatakan akan mempunyai skrin dwi-lengkung OLED.

Sekiranya semua maklumat hasil tirisan ini tepat, Huawei Mate 20 pastinya akan menjadi antara peranti terbaik pada tahun ini. Huawei sebelum ini telah berjaya menggegar arena telefon pintar dengan siri Huawei P20 nya. Mampukah Mate 20 mengatasi ‘saudara’nya itu? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY