Tawaran ini hanya sah menerusi pembelian secara atas talian dari laman rasmi Huawei Malaysia sahaja.
Huawei terus menyampaikan berita baik kepada para peminat mereka untuk sepanjang minggu ini. Tidak lama selepas Trump menarik balik sekatan ke atas Huawei, Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan jualan diskaun sehingga 50% kepada pembeli yang membuat pembelian secara atas talian menerusi laman rasmi Huawei Malaysia.
Tawaran diskaun ini akan bermula dari 1 Julai (iaitu esok) sehinggalah 8 Julai 2019. Walaubagaimanapun, tiada makluman lanjut tentang tawaran tersebut seperti pada jam berapakah tawaran ini akan bermula, adakah ia hanya melibatkan aksesori peranti Huawei sahaja atau model telefon pintar Huawei tertentu sahaja yang akan ditawarkan jualan diskaun sehingga 50% nanti.
Ataupun diskaun tersebut mungkin juga meliputi kesemua produk-produk Huawei yang ditawarkan di laman sesawang rasmi mereka.
Semalam telah dilaporkan bahawa pihak pentadbiran Trump secara rasminya telah menarik balik sekatan yang dikenakan oleh A.S ke atas Huawei selepas perjumpaan diadakan antara Presiden Trump dengan Presiden China, Xi Jinping bersempena dengan Sidang Kemuncak G20 yand dihoskan oleh Osaka, Jepun tahun ini.
Jadi, ini adalah masa terbaik kepada para peminat produk-produk Huawei serta bagi pengguna yang sebelum ini ragu-ragu terhadap status syarikat tersebut membeli produk-produk Huawei pada harga diskaun dari laman rasmi mereka.
Berkaitan
- Observatori Negara Langkawi Rakam Perbezaan Saiz Bulan Penuh Apogee Dan Perigee
- Apa Cerita Ura-Ura Ciri Panggilan Satelit Yang Kononnya Akan Diperkenalkan Pada iPhone 13?
- Jenayah Rasuah Didakwa Menular Dalam E-Sukan, Dibimbangi Akan Merosakkan Integriti Pertandingan Ini
- Pihak Berkuasa Paris Sudah Memasang Radar Bunyi Bagi Mengesan Kenderaan Yang Mengeluarkan Bunyi Lebih Dari Had Dibenarkan
- Pelbagai Gelagat Pelik Dirakam Pengguna Bersama Apple Vision Pro
- Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Pada 11 Dan 13 Februari 2020
- Dunia Akan Alami Fenomena Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023
- Ini Adalah Siri Redmi Note 10 Pertama Yang Terima Penarafan IP68
- GoPro Peroleh Syarikat Perintis Teknologi Helmet Motorsikal, Forcite
- Adobe Akan Tawarkan Versi Perisian Mereka Ini Secara Percuma Kepada Semua