Donald Trump Menarik Semula Sekatan Terhadap Huawei - Kerjasama Diteruskan

Umum mengetahui berita tentang sekatan perniagaan antara syarikat AS dan China pada bulan Mei yang lalu.Huawei terutamanya menjadi sasaran utama Donald Trump dalam sekatan tersebut.

AS menunding jari ke atas Huawei mengatakan syarikat gergasi dari China itu menjadi pengintip rahsia kerajaan China. Harini Donald Trump menarik semula sekatan terhadap Huawei dalam satu persidangan di Osaka, Jepun. Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat selepas perjumpaan 'damai' bersama President China, Xi Jinping.

"Sekarang ramai sudah sedar betapa banyaknya produk AS yang dijual kepada Huawei, menjadi penyumbang besar kepada pembangunan produk mereka"

"Kami akan terus menjual produk-produk tersebut kepada mereka" Kata Donal Trump. Beliau turut memberitahu teknologi yang dibina oleh AS adalah harta intelek yang tidak boleh dicuri oleh sesiapa dan menekankan betapa pentingnya teknologi AS kepada negara China.

"Saya membenarkan produk dari AS diteruskan penjualannya ke syarikat China" Ujarnya lagi.

U-turn yang diambil oleh AS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Google antaranya menjadi syarikat yang lantang bersuara tentang isu penarikan lesen Android kepada Huawei. Google mengatakan jika Huawei membina sistem operasi mereka sendiri, ia akan lebih mengancam dan membahayakan sekuriti negara.

Dengan berita ini, bermakna semua peranti Huawei dan Honor berlandaskan sistem operasi Android diteruskan penggunaan dan pembinaannya seperti biasa.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=VIqFy9lc0qc[/embed]