Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe Akan Tawarkan Versi Perisian Mereka Ini Secara Percuma Kepada Semua

Adobe Akan Tawarkan Versi Perisian Mereka Ini Secara Percuma Kepada Semua

Diterbitkan Jun 15, 2022 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada semua peminat perisian Adobe selepas mereka mengumumkan bahawa akan menawarkan secara percuma perisian paling popular mereka iaitu Adobe Photoshop.

Secara khususnya, versi Photoshop untuk pelayar.

Sebenarnya, versi Photoshop untuk pelayar sudah pun ditawarkan, tetapi ia masih dalam peringkat Beta dan ia lebih kepada kolaborasi di mana penggunanya boleh membuat preview, membuat suntingan ringan dan berkongsi fail photoshop (psdc.).

Tetapi untuk menggunakannya, pengguna perlu melanggan dengan Adobe terlebih dahulu.

Jadi versi pelayar Photoshop yang baharu itu nanti akan lebih terbuka di mana semua pengguna boleh mengakses dan menggunakan ciri yang menjadi teras perisian Photoshop secara percuma.

Versi tersebut kini dilaporkan sedang diuji di Kanada terlebih dulu di mana pengguna di sana boleh mengakses penuh versi Photoshop tersebut menerusi akaun percuma Adobe.

Walaubagaimanapun, Adobe tidak menyatakan secara jelas bilakah versi pelayar Photoshop mereka akan ditawarkan untuk semua penggunanya di seluruh dunia.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Kad Touch ‘N Go Baru Berdaya NFC, Boleh Tambah Nilai Guna ‘eWallet’
  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY