Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana matahari 2

Dunia Akan Alami Fenomena Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 17, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena alam yang dikenali sebagai Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena itu yang akan berlaku di seluruh negara adalah bersempena dengan Fenomena Gerhana Matahari Hibrid yang berlaku berdekatan benua Australia.

Fenomena Gerhana Matahari Hibrid itu yang akan berlaku pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan.

Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua).

Manakala penduduk di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand hanya dapat saksikan Gerhana Matahari Separa.Fenomena Gerhana Matahari Separa

Ini kerana di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

Kita hanya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa mulai jam 11:00 am hingga 1:30 pm dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.

Pemerhati di Semenanjung Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga sekitar jam 1:00 petang.

Manakala pemerhati di Sarawak pula sehingga sekitar jam 1:30 petang dan di Sabah sehingga sekitar jam 2:00 petang.

gerhana matahari separa

Jenis gerhana yang kita akan dapat lihat nanti adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).

Gerhana Matahari ini dipanggil ‘hibrid’ kerana ia melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.

gerhana matahari hibrid 2023
gerhana matahari hibrid 2023

Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067.

Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada tahun ini akan berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km.

gerhana matahari hibrid 2023

Berkaitan

  • Malaysia Bakal Alami Gerhana Matahari Hibrid, Ini 3 Lokasi Terbaik Saksikan Fenomena Ini Tahun Hadapan
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Persoalan Jangka Hayat Bateri Kenderaan Elektrik Akhirnya Terjawab

Sumber: MOSTI, MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY