Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia

Huawei Malaysia Menawarkan Jualan Diskaun Sehingga 50% Dari 1 Julai Hingga 8 Julai 2019

Diterbitkan Jun 30, 2019 · Dikemas kini Jun 30, 2019 oleh ariff bukhari

Tawaran ini hanya sah menerusi pembelian secara atas talian dari laman rasmi Huawei Malaysia sahaja.

Huawei terus menyampaikan berita baik kepada para peminat mereka untuk sepanjang minggu ini. Tidak lama selepas Trump menarik balik sekatan ke atas Huawei, Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan jualan diskaun sehingga 50% kepada pembeli yang membuat pembelian secara atas talian menerusi laman rasmi Huawei Malaysia.

Tawaran diskaun ini akan bermula dari 1 Julai (iaitu esok) sehinggalah 8 Julai 2019. Walaubagaimanapun, tiada makluman lanjut tentang tawaran tersebut seperti pada jam berapakah tawaran ini akan bermula, adakah ia hanya melibatkan aksesori peranti Huawei sahaja atau model telefon pintar Huawei tertentu sahaja yang akan ditawarkan jualan diskaun sehingga 50% nanti.

Huawei Malaysia Menawarkan Jualan Diskaun Sehingga 50% Dari 1 Julai Hingga 8 Julai 2019

Ataupun diskaun tersebut mungkin juga meliputi kesemua produk-produk Huawei yang ditawarkan di laman sesawang rasmi mereka.

Semalam telah dilaporkan bahawa pihak pentadbiran Trump secara rasminya telah menarik balik sekatan yang dikenakan oleh A.S ke atas Huawei  selepas perjumpaan diadakan antara Presiden Trump dengan Presiden China, Xi Jinping bersempena dengan Sidang Kemuncak G20 yand dihoskan oleh Osaka, Jepun tahun ini.

Jadi, ini adalah masa terbaik kepada para peminat produk-produk Huawei serta bagi pengguna yang sebelum ini ragu-ragu terhadap status syarikat tersebut membeli produk-produk Huawei pada harga diskaun dari laman rasmi mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY