Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-09-19 111338

Huawei Kunlun Glass 2 Lebih ‘Keras’ Berbanding Gorilla Glass

Diterbitkan September 19, 2023 · Dikemas kini September 19, 2023 oleh Firdaus

Huawei Mate 60 Pro adalah peranti flagship terbaru mereka dan kehadiran peranti tersebut telah mengejutkan satu dunia. Hal ini demikian kerana peranti itu menggunakan cip Huawei Kirin sendiri, menyokong 5G dan mampu melakukan panggilan komunikasi satellit.

Bayangkan betapa kehadapannya Huawei ketika ini melalui pelancaran peranti terbaru mereka itu. Peranti tersebut dilindungi oleh kaca Kunlun Glass generasi ke 2 dan ia dilihat lebih tahan lasak berbanding Gorilla Glass.

Berdasarkan video di atas, YouTuber PBKReviews melakukan pelbagai ujian ketahanan ke atas Huawei Mate 60 Pro dan peranti itu dilihat mampu mengendalikannya tanpa sebarang masalah.

Walaupun setelah dijatuhkan ke atas konkrit berkali-kali, peranti ini hanya tercalar sedikit di bahagian bingkai dan mengejutkan lagi skrinnya tiada sebarang calar mahupun fungsinya terjejas.

Screenshot 2023-09-19 111338

Setelah digesek dengan tayar kereta sekali pun, Huawei Mate 60 Pro dilihat tiada sebarang kemik dan integriti skrin peranti tersebut masih dalam keadaan baik.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Begini Cara 'Malware' Android Masuk Ke Dalam Google Play Store
  • Semua Platform Apple Selepas Ini Mampu Kendali 'Games' AAA
  • Negara Akan Alami Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Bermula Hari Ini
  • Hanya 21% Pengguna Rasa Berbaloi Berhutang Demi iPhone 15 - Kajian

YouTuber itu menyatakan Kunlun Glass 2 tersebut lebih tahan lasak dan keras berbanding Samsung S23 Ultra yang menggunakan Gorilla Glass Victus 2. Ketika ini, Kunlun Glass hanya tersedia untuk peranti Huawei sahaja dan tidak kepada jenama-jenama lain.

Beli Peranti Huawei di Shopee: https://invl.io/cljfc2u

Beli Peranti Huawei di Lazada: https://invol.co/cljfc29

Sumber: Gizmochina, PBKReviews 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY