Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro warna_

Hanya 21% Pengguna Rasa Berbaloi Berhutang Demi iPhone 15 – Kajian

Diterbitkan September 19, 2023 · Dikemas kini September 19, 2023 oleh ariff bukhari

Apple telah pun secara rasmi melancarkan model terbaru siri iPhone 15 minggu lalu. Walaubagaimanapun, adakah ia berbaloi untuk anda menaik taraf kepada siri iPhone terbaru Apple itu?

Menurut kajian yang dijalankan oleh WalletHub ke atas 240 pengguna di AS yang berjalan selama 7 hari dalam bulan September 2023 sebelum pelancaran siri iPhone 15 mendapati, lebih 1 dari 5 pengguna di AS rasa berbaloi berhutang bagi mendapatkan iPhone terbaru Apple.

Screenshot 2023-09-19 at 11.14.00 AM
Screenshot 2023-09-19 at 11.14.18 AM

Malah hampir 2 daripada 5 pengguna menyatakan bahawa mereka merancang untuk membeli iPhone terbaru yang dilancar tahun ini.

Ini bermakna, hanya 21% pengguna AS sahaja yang merasakan berbaloi untuk mereka berhutang demi iPhone 15. Manakala selebihnya, 79% lagi berasakan ia tidak berbaloi.

Seperti yang dinyatakan tadi, dapatan kajian itu adalah sebelum iPhone 15 dilancarkan. Mungkin data kajian tersebut berubah selepas ia dilancarkan.

Menawarkan ciri terbaru seperti sambungan USB-C (akhirnya) dan ciri rakaman video spatial, ia adalah antara ciri utama menarik yang ada pada siri iPhone 15.

Jadi, bagaimana dengan pengguna di Malaysia? Adakah anda berasa berbaloi berhutang demi memiliki iPhone terbaru?

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Kapasiti Bateri iPhone 15 Bertambah, Lebih Besar Sedikit Dari iPhone 14

Sumber: PCMag, WalletHub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY