Semua Platform Apple Selepas Ini Mampu Kendali 'Games' AAA

Siri iPhone 15 masih terasa lagi kehangatannya sejak ia dilancarkan pada minggu lepas. Dalam acara pelancaran tersebut, Apple memperkenalkan cip A17 Pro yang digunakan oleh barisan model Pro.



Dek kerana kuasa pemprosesan yang tinggi pada cip tersebut, ia mampu mengendalikan semua mobile games bergrafik tinggi, siri RE4 dan RE: Village secara natif.

Saya berpendapat, kehadiran A17 Pro dalam siri iPhone 15 Pro akan membawa satu perubahan besar ke dalam industri permainan video mudah alih.

Dan kini, pihak Apple menjawab sedemikian ketika ditanya adakah games tersebut akan bersesuaian dengan platform silikon iPad dan Mac:
"The developers are going to work with us to do it.

...one of the things that fundamentally enabled that is this unification of the architecture of Apple Silicon and the iPhone Silicon and the iPad Silicon. And so you can see that they're able to do exactly what you just suggested, which is bring a game to iPhone and Mac that is the same game. It's the same rendering, it's the same rendering quality and it's the same game they had on a gaming PC and a console.

So we really look at these many generations of SoC architecture across the phone, across the iPad, across now, Apple Silicon Macs. And we'd see that as part of one big unified platform, a graphics and gaming platform in particular.

Oleh itu, kita boleh menjangkakan platform Apple silikon seperti Mac, iPad dan iPhone akan mampu mengendalikan sesebuah game yang sama di peranti yang berbeza.

Kapsyen: Monitor ini serasi dengan berbilang sistem opersi termasuk Windows dan macOS.


Sebagai contoh, sesebuah permainan video AAA nanti akan boleh dimainkan di iPad, Mac dan generasi iPhone 15 Pro dan ke atas melalui kuasa A17 Pro 3nm TSMC.

Walau bagaimanapun, pembangun juga perlu bekerjasama dengan pihak Apple untuk mengoptimumkan games mereka dalam platform Apple silikon nanti.

{suggest}

Jadi, kita boleh menjangkakan 2 pembaharuan daripada Apple - siri iPhone akan menjadi pilihan utama sebagai telefon gaming, dan games boleh dimainkan nanti di platform Mac dan iPad.

Beli Peranti Apple di Shopee https://invl.io/cljqqqt





Beli Peranti Apple di Lazada - https://invol.co/cljqqr5




Sumber: Macrumors

Gambar utama: Macrumors