Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-08-21 at 12.09.52 PM

Huawei Jelaskan Tentang Penggunaan Kamera DSLR Dalam Iklan Nova 3

Diterbitkan Ogos 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejak semalam internet dihebohkan dengan isu penggunaan kamera DSLR dalam iklan Nova 3 untuk pasaran Timur Tengah.

Isu terbabit mula timbul apabila salah seorang pelakon iklan terbabit, Sarah Elshamy, secara tidak sengaja memuat naik foto disebalik tabir pengambaran dalam akaun Instagram beliau.

Screen Shot 2018-08-21 at 12.09.52 PM

Ekoran dari itu, ramai pihak mempertikaikan cara iklan terbabit kerana tidak menggunakan hasil rakaman dari kamera Nova 3, sebaliknya menggunakan kamera DSLR.

Mengulas lanjut perkara itu, pihak Huawei Malaysia telah memaklumkan kepada Wiser.my seperti dibawah:

“Tujuan iklan ini adalah untuk menunjukkan bagaimana pengguna boleh menggunakan ciri-ciri HUAWEI nova 3 dan nova 3i. Seperti yang dinyatakan dalam penafian pada akhir video, tangkapan produk adalah untuk rujukan sahaja.”

Penafian dipenghujung video tersebut tertulis dalam bahasa Arab dan mungkin tidak disedari oleh pihak lain.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY